Monday, June 6, 2011

Sahabat MyTEAM Muttaqin

بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pintu Masuk


Masjid Al-Muttaqin



Alhamdulillah habis pembelajaran selepas peperiksaan SPM, rezeki menyambung pelajaran ke Matrikulasi Pahang dalam jurusan perakaunan. Berat hati meninggalkan keluarga di Johor, namun perjuangan kehidupan tetap diteruskan. Mungkin ini sudah ketentuan dari-Nya. Walaupun kos yang ditawarkan tidak berkenan dihatiku. Kata-kata dari Allah menyedapkan hatiku.

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah Yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.’                        (Surah Al-Baqarah : 216)

Sebelum ini perancangan untukku menyambungkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam jurusan kejuruteraan @ arkitek, namun pada masa tersebut pihak KPT telah menetapkan hanya satu permohonan yang diterima kemudian permohan lain akan ditolak setelah mendapat panggilan dari matrik. Tidak seperti sekarang berbagai tawaran akan diterima dan boleh membuat keputusan. Namun ku akur dengan ketentuan darinya.

Kita manusia hanya mampu merancang. Tetapi Allah yang menentukan dan perancangan Allah itulah yang terbaik…

Alhamdulillah, Allah memelihara dan menjaga ku juga diusia ini sehingga tamat pengajian diperingkat matrikulasi. Perjuangan untuk menuntut ilmu Islam dapat juga diteruskan. Di sini juga aku dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang sama-sama mendidik jiwa dan menjalankan kegiatan dakwah bersama-sama. Semasa di situ juga, diriku melatih diri agar aktif dalam berpesatuan tidak kira samada di kolej kediaman dan surau.

“Carilah cinta Allah” Kata-kata inilah yang telah dipesan oleh seorang sahabatku kepada ku yang kini yang masih ku pegang sehingga hari ini. Sampai mati akan ku kejar cinta-Mu Ya Allah. Indahnya kenangan bersama sahabat-sahabatku “ MyTEAM Muttaqin” sepanjang bergerak kerja Islam. Semoga Allah merahmati kalian semua dan sentiasa dibawah jagaan dan perlindungan-Nya. Teruskan perjungan.

Doa rabithah dihati kita semua. Indahnya ukhuwah sekiranya bertemu dan berpisah kerana Allah.


Bersama sahabat MyTEAMAH


Sahabat MyTEAM Muttaqin

No comments:

Post a Comment