Monday, June 6, 2011

PERKIM UUM Dalam Kenangan

بسم الله الرحمن الرجيم                                  
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah sudah empat tahun aktif dalam berpesatuan di peringkat ijazah. Walaupun banyak kelompangan, cabaran dan rintangan tetap ditempuhi kerana ku yakin


‘‘Jangan bersedih usah berduka. Ingatlah sentiasa Allah bersamamu tiap ketika’’

Bermula semester pembelajaran ku telah aktif dalam Kelab PERKIM di sebuah institut pengajian tinggi awam. Pada semester kedua, diri ini telah dipilih untuk memegang satu jawatan yang kira pada diriku ini berat iaitu ‘Biro Dakwah dan Tarbiyah’. Ya Allah terasa kerdil dan jahilnya diri ini untuk memegang jawatan yang sebegitu berat untuk memimpin semua pelajar. Namun ku tekadkan dan bulatkan semula niat. Semuanya kerana Allah.

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku   
                                                   diperintahkan.”(surah Al-An’am: 162-163)                                                                                                                                     

Banyak kelompangan da kekurangan diri yang perlu diperbaiki disamping membuat kerja dakwah. Bukan tunggu kita baik dulu, tetapi seiring disamping berdakwah kita dakwah diri kita terebih dahulu. insyaAllah dakwah berkesan dihati. Sampai bila kita nak berdakwah kalau diri kita nak tunggu kita jadi yang terbaik.


Alhamdulillah banyak ilmu dan aktiviti serta manfaat yang diperoleh setiap kali program dijalankan. Di sini juga ku belajar dari segi pengurusan organisasi setelah dilantik menjadi Setiausaha Agung. insyaAllah ia sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan tidak kira dalam alam pekerjaan atau alam kehidupan seharian. Benarlah bak kata orang,

“Pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan”

Betul-betul… dengan pengalaman itu ia mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu perkara dan tindakan.

Tibalah hari yang tela dirancangkan untuk program “ Mesyuarat Agung Tahunan Kelab PERKIM UUM Kali Ke-23”. Sebelum hari yang telah dirancang lagi, hati ini rasa sayu dan sedih kerana akan meletakkan jawatan setelah tiga tahun setengah ku berjuang demi Islam di dalam kelab PERKIM ini dengan memegang jawatan walaupun diri ini ingin menarik diri dari memegang jawatan tersebut untuk menyerahkan kepada senior, namun diri ini masih diperlukan untuk meneruskan perjuangan Islam mementuk biah solehah di kampus tersebut. Walau apapun niat kena diperbetulkan semula semuanya kerana Allah bukan manusia.


Ada masanya kita akan berada di atas dan ada masanya kita akan berada di bawah. Ketika di atas kita tidak akan sedar apa yang berlaku di bawah sebaliknya yang berada di bawah akan nampak semuanya. Walaubagaimanapun, pada satu masa kita perlu berada di atas untuk membentuk diri kita mempunyai ciri kepimpinan.

Alhamdulillah program berjalan lancar dari mula sehingga habis walaupun ketika ku membaca laporan tahunan program dengan nada sayu, Allah kuatkan diri ini untuk meneruskan pembentangan laporanku. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dipilih. Jadilah mata-mata rantai perjuangan ini. Hidup akan rasa bosan dan sepi kalau kerja dakwah tidak kita lakukan sekiranya itu telah menjadi pekerjaan utama kita. Pelajaran nombor satu, jemaah bukan nombor dua. Mesti seiring dan sejalan. InsyaAllah pelajaran tidak akan diabaikan disamping bergerak kerja dakwah.

Semoga sahabat Kelab PERKIM  bersama Professional Islamic Student akan terus mantap menjalankan kerja-kerja dakwah untuk membentuk biah solehah di kampus. Takbir!!! الله اكبر

No comments:

Post a Comment