Friday, July 29, 2011

Di Hening Malam

بسم الله الرحمن الرجيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah setinggi-tinggi syukurku kepada-Mu Ya Allah masih lagi dikurniakan kesihatan dan masih bernyawa dimuka bumi ini. Syukurku tidak terhingga diberikan nikmat Iman dan Islam- Mu. Terima kasih Ya Allah Kau beri peluang untuk ku bertemu mu pada malam hari untuk bermujahadah, mengadu pada-Mu dan menginsafi diri setelah seharian sibuk dengan urusan harian. Semoga diri ini sentiasa istiqamah dalam melakukan qiamullail. Amiin.

            Indahnya ketika bermunajat kepada-Mu, mengadu pada-Mu. Tetapi bila tertinggal satu malam tidak qiam terasa sedih dan tidak senang duduk sepanjang hari kerana tidak melakukan qiam. Biasalah wanita akan diberi ABC (Allah bagi cuti) setiap bulan. Dari qiam itulah kita dapat menguatkan jiwa dan kebergantungan diri kita hanya pada-Nya. Kerana pada wantu ini Allah akan lebih hampir dengan hamba-Nya yang bangun untuk qiam dan memperkenankan permintaan hamba-nya. Ini kerana tidak ramai hamba-Nya yang akan bangun pada sepertiga malam dan lebih banyak yang tidur yang lena dibuai mimpi.

            Dari qiam itu juga kita mengadu segala masalah kita pada-Nya. Sebab Allah itu lebih memahami dan mengetahui masalah hamba-Nya dan Dia lebih mengetahui apa yang baik buat hamba-Nya dan penyelesai masalah. Jadi lebih baik kita mengadu masalah kita pada-Nya dari manusia. Itu yang terbaik! Kalau hendak mengadu pada manusia boleh, tapi dia tidak dapat memberi penyelesaian terbaik sebaik Allah serta tidak dapat memahami diri kita sebaik Allah.

            Oleh itu sama-sama kita tingkatkan iman kita dengan selalu qiam agar hati dan diri kita sentiasa diberi kekuatan ketika berhadapan dengan ujian dari-Nya dan sentiasa sihat. Teringat ustazah Rosmah di matrik. Ada bagi pesanan. Kalau kita selalu qiam insyaAllah tiada penyakit dan akan berkurang sakit kita. Alhamdulillah ia menjadi satu amalan dalam hidup ini dan Allah kurangkan penyakitku ini dan sekarang beransur sedikit baik.

            Jadi apa tunggu lagi. Mulakan hari ini sebelum terlambat untuk mengejar cinta-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-Nya. Amiin.

Wallahu’alam.



Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal ^_^ 

Khalifah Kecil



بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret kembali dalam kesibukan urusan harian. Beberapa minggu yang lepas, saya bersama sahabat saya pergi menghadiri satu sesi temuduga di salah sebuah cawangan Tadika Little Callips (Tadika Khalifah Kecil). Terdetik di hati ini untuk mencuba nasib. Pada mulanya saya akan meneliti terlebih dahulu tentang maklumat tadika tersebut. Maklumlah, saya cerewet sedikit tentang kerja. Sebelum itu akan pastikan dari segi operasi serta cara pengurusan sesebuah syarikat.


            Pada mulanya rasa berat nak pergi menghadiri kerana tidak disediakan penginapan. Sebab kami tidak biasa berada di kawasan Selangor. Tetapi kerana rasa diri ini hendak berhijrah dari segi emosi dan diri, saya kuatkan hati pergi juga.

Alhamdulillah sampai juga ketempat yang dituju. Walaupun tidak tahu di mana lokasinya. Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan hamba-Mu. Sampai sahaja di tadika tersebut, penyelia tadika tersebut menemuduga kami berdua.

Menarik konsep yang digunakan oleh tadika tersebut iaitu menggunakan ‘Khalifah Method’. Iaitu lebih kepada ganjaran dan pujian bukannya dendaan yang selalu digunakan mana-mana tadika atau lebih dekat lagi dalam institut kekeluargaan yang mana dendaaan seperti pukul dan marah. Menarik bukan kaedah yang digunakan? Semua berdasarkan sirah zaman Rasulullah. Kaedah didikan Nabi kepada para sahabat baginda sehingga menjadi mantap dari segi tarbiyah dan sakhsiyah. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati kembali sirah-sirah nabi.



‘Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman’ (Surah Hud, 11 : 120)

Mudah-mudahan ia menjadi satu input dan kaedah yang boleh digunakan bagi yang sudah berkeluarga atau belum untuk mendidik generasi Quranic yang mendokong Islam pada masa hadapan. InsyaAllah. Amiin.

Wallahu’alam

Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal ^_^


Sahabat Seusrah

بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah sudah 4 tahun berlalu. Teringat kembali kenangan bersama sahabat seusrah pada tahun pertama di sebuah IPT. Sama-sama menuntut ilmu ketika berusrah. Sama-sama mentarbiyah diri, mengikuti program Kem Bina Insan dan berbagai lagi kenangan bersama sepanjang perjalanan berdakwah dan menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Buat sahabatku Syafiqah, Basyirah, Aiza dan Mariam perjumpaan pertama kali kita berkumpul bersama tidak dapat ku lupakan. Uhubbukum Fillah.

            Bila dengar nasyid kumpulan Brothers lagu Selamat Berjuang pasti akan teringat sahabat semua. Semoga ukhuwah kita berpanjangan di dunia dan akhirat walau tidak bertemu lagi sahabat semua sentiasa dikenang. Tidak lupa pada naqibahku Kak Nurin dan Kak Yah. Terima kasih atas segala tunjuk ajarmu dalam mendidik kesabaranku. Ada rezeki kita bertemu lagi. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amiin



Thursday, July 7, 2011

Soalnya hati

بسم الله الرحمن الرجيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jom muhasabah diri kita

1.Hari ini aku dah baca Al-Quran ke belum
2.Macam mana solat fardu aku hari ni? lewat ke tak? 
3.Adakah aku mengingati Allah setiap masa dan ketika?
4.Sekerap manakah aku beristigfar? sekurang2nya 70 kali sehari ke?
5.Sejauh mana aku mendidik diri agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?
6.Sudahkah aku berdoa untuk kesejehteraan ibu bapa,keluarga,sahabat dan semua umat islam sebelumnya?
7.Adakah aku membantu orang lain kerana Allah S.W.T?
8.Sudahkah aku berniat untuk solat tahajjud pada malam hari?
9.Adakah aku merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?
10.Apakah yang aku lakukan untuk merealisasikan konsep amar makruf nahi mungkar?
11.Adakah aku menjaga telinga,mata,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
12.Adakah aku terima kasih dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepadaku?
13.Adakah aku berwuduk sebelum tidur?
14.Adakah aku ingin menperbaiki diri dengan lebih untuk hari esok?

Adakah kita lakukan checklist seperti ini setiap hari? ayuh kita mulakan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi muslim yang cemerlang.

p/s: Buat checklist amalan harian moga kita istiqamah. buat sedikit dari tidak buat langsung tapi istiqamah. insyaAllah.

Sama-sama kita tambahkan ilmu, tingkatkan iman dan amal

Wednesday, July 6, 2011

Cinta???

بسم الله الرحمن الرجيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semester alam. Diberi kesempatan untuk mencoret kembali. Teringat kepada salah seorang adik yang dikenali dalam FB. Dimulai dengan taaruf kemudian perbincangan. Mula-mula hanya menyentuh tentang cinta manusia dan cinta Allah. Kemudian timbul pula isu berkaitan dengan couple…

            Banyak perkara ‘couple’ ini terjadi pada muda-mudi tidak kira berlatang belakangkan agama atau tidak tetapi berada dalam situasi ini. Bukan tidak faham tetapi menurut hawa nafsu iaitu ingin disayang dan menyayangi. Jiwa muda remaja. Ber’couple’ itu hanya halal dengan perkahwinan kerana ada ikatan yang sah.

            Berbalik kepada perbincangan dengan adik itu yang berhadapan dengan masalah ini walaupun dia dan ‘kawan’nya itu berlatar belakangkan agama. Alhamdulillah hasil dari perbincangan dan perkongsian masalah memberikan satu solusi pada masalah tersebut. Solusinya dengan mengambil langkah untuk tidak berhubung lagi dan memberi nasihat saling ingat-mengingati kepada ‘kawan’nya agar yakin pada Allah sekiranya ada jodoh tidak ke mana bukannya dengan cara ber’couple’ tetapi dengan ikatan yang sah dan diredhai Allah. Tidak perlu lagi ber‘sms’ dan saling berhubung. Cinta yang abadi hanyalah untuk Allah sahaja bukannya manusia.

Mari kita dengar dan lihat klip video ini


            Alhamdulillah tidak lama selepas itu buka kembali FB adik tersebut ada klip video berkaitan isu ‘couple’. Rasanya adik itu sendiri yang buat. Wallahu’alam. Baik kata-kata coretan yang dinukilkan. Moga ia diambil ikhtibar oleh semua remaja di luar sana. InsyaAllah. Amiin.

Jaga diri, jaga iman, hiasi peribadi dengan akhlak.

Friday, July 1, 2011

Sedetik Lebih

بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah segala puji bagi Allah habis juga latihan praktikal selama 4 bulan disebuah organiasi yang terpilih. Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan rintangan yang ditempuhi, tetapi Allah selalu ada menemani hambanya.

            Teringat sewaktu sedang membuat tugasan di organisasi tersebut, berkumandang lagu yang menyentuh hati ini untuk mendengarnya. Ia mengingatkan sewaktu diri ini berada dalam ‘down’ kerana masalah kehidupan. Tapi ku yakin setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Kerana itu Allah hendak menguji hamba-Nya agar lebih dekat dengan-Nya. Jadinya kita kena bersangka baik dengan Allah. Semua yang diaturkan untuk hambanya adalah yang terbaik!

            Kita berbalik kepada tajuk utama coretan ini di atas ‘Sedetik Lebih’. Walaupun lagunya orang beranggapan ditujukan kepada orang lain tapi hakikatnya lagu itu sesuai sangat-sangat ditujukan hanya untuk Allah bukannya manusia. Ingat kembali bersama sahabat yang dikenali bersama-sama menjalani latihan praktikal di situ semasa berbincang bersama. Saya menyentuh tentang lagu-lagu masa kini. Kita boleh kalau kita hendak mendengar lagu-lagu moden sekarang. Kebanyakan lagunya memuji manusia terutamanya wanita, tetapi kita boleh hayati lagu itu dalam hati kita hayati untuk Allah. Tetapi ingat...jangan sampai kita leka dan lalai dari ingat Allah.



            Bolehlah dengar lagu link pilihan iaitu ‘Sedetik Lebih’ nyanyian Anuar Zain yang berkumandang sekarang... Hayatilah. Yang saya boleh simpulkan dari lagu ini dalam sedetik kalau boleh sedetik tu ada lagi sedetik sedetik lagi kita ingat Allah. Morale of the story dari lagu ini setiap detik dan degupan jantung kita kena sentiasa ingat Allah... insyaAllah.

Sama-sama kita tingkatkan ilmu, iman dan amal.

Wallahu’alam.

Hikmah Bulan Rejab

 بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah segala puji bagi Allah… bulan rejab bulan Allah, bulan Sya’aban bulan Nabi dan bulan Ramadhan bulan umat Nabi… pejam celik pejam celik genap sebulan bulan Rejab. Semoga sama-sama kita mengambil hikmah daripadanya. Amiin insyaAllah.


Insyaallah nak berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan bulan Allah ini. Dalam bulan ini juga berlakunya Israk Mikraj. Disebabkan Nabi Muhammad s.a.w dalam berdukacita atas kematian orang yang paling disayangi iaitu isteri nabi yang tercinta, Siti Khadijah serta bapa saudara Baginda iaitu Abu Talib, maka Allah hiburkan hati baginda dengan peristiwa Israk Mikraj.

            Dalam peristiwa ini perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah. Sepanjang perjalanan nabi ditemani oleh malaikat Jibril. Banyak peristiwa yang nabi lihat semuanya berkaitan dengan keadaan umat Nabi akhir zaman. Ada yang menyedihkan dan menggembirakan apa yang dilihat. Selain itu juga bertemu dengan Nabi terdahulu semasa menaiki langit tujuh lapisan.

            Maka dari peristiwa ini juga perintah menunaikan solat diturunkan dari 50 waktu solat sehingga menjadi 5 waktu yang kita tunaikan sekarang iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Lihat betapa sayangnya nabi pada umatnya sehingga sanggup berulang alik naik sebanyak 9 kali meminta dari Allah untuk mengurangkan jumlah waktu solat. Tapi kita...apa kita lakukan untuk nabi ajaran yang telah dibawanya??? Tepuk dada tanya iman. Sehingga Nabi terasa malu untuk meminta kurangkan yang berbaki lima. Tapi yang 5 ini pun susah juga hendak ditunaikan oleh umat nabi. Sedih mengenangkan jika solat tidak sempurna. Seumpama hidup ini tidak bertujuan dan mempunyai haluan. Sama-sama kita muhasabah diri.

            Oleh itu kesimpulan yang boleh kita rumuskan ialah pertama jaga hati supaya bersih, ikhlas dan sentiasa bersyukur. Kedua jaga iman kita dan pertingkatkan dari hari ke hari dan ketiga jaga solat kita sebab solat itulah penghubung utama kita dengan Allah sebab dalam solat itu ada doa. insyaAllah sama-sama kita tingkatkan ilmu, iman dan amal. Amiin.

Wallahua’alam.