Friday, July 29, 2011

Di Hening Malam

بسم الله الرحمن الرجيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah setinggi-tinggi syukurku kepada-Mu Ya Allah masih lagi dikurniakan kesihatan dan masih bernyawa dimuka bumi ini. Syukurku tidak terhingga diberikan nikmat Iman dan Islam- Mu. Terima kasih Ya Allah Kau beri peluang untuk ku bertemu mu pada malam hari untuk bermujahadah, mengadu pada-Mu dan menginsafi diri setelah seharian sibuk dengan urusan harian. Semoga diri ini sentiasa istiqamah dalam melakukan qiamullail. Amiin.

            Indahnya ketika bermunajat kepada-Mu, mengadu pada-Mu. Tetapi bila tertinggal satu malam tidak qiam terasa sedih dan tidak senang duduk sepanjang hari kerana tidak melakukan qiam. Biasalah wanita akan diberi ABC (Allah bagi cuti) setiap bulan. Dari qiam itulah kita dapat menguatkan jiwa dan kebergantungan diri kita hanya pada-Nya. Kerana pada wantu ini Allah akan lebih hampir dengan hamba-Nya yang bangun untuk qiam dan memperkenankan permintaan hamba-nya. Ini kerana tidak ramai hamba-Nya yang akan bangun pada sepertiga malam dan lebih banyak yang tidur yang lena dibuai mimpi.

            Dari qiam itu juga kita mengadu segala masalah kita pada-Nya. Sebab Allah itu lebih memahami dan mengetahui masalah hamba-Nya dan Dia lebih mengetahui apa yang baik buat hamba-Nya dan penyelesai masalah. Jadi lebih baik kita mengadu masalah kita pada-Nya dari manusia. Itu yang terbaik! Kalau hendak mengadu pada manusia boleh, tapi dia tidak dapat memberi penyelesaian terbaik sebaik Allah serta tidak dapat memahami diri kita sebaik Allah.

            Oleh itu sama-sama kita tingkatkan iman kita dengan selalu qiam agar hati dan diri kita sentiasa diberi kekuatan ketika berhadapan dengan ujian dari-Nya dan sentiasa sihat. Teringat ustazah Rosmah di matrik. Ada bagi pesanan. Kalau kita selalu qiam insyaAllah tiada penyakit dan akan berkurang sakit kita. Alhamdulillah ia menjadi satu amalan dalam hidup ini dan Allah kurangkan penyakitku ini dan sekarang beransur sedikit baik.

            Jadi apa tunggu lagi. Mulakan hari ini sebelum terlambat untuk mengejar cinta-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-Nya. Amiin.

Wallahu’alam.



Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal ^_^ 

No comments:

Post a Comment