Friday, June 10, 2011

10 sahabat Iblis


 SAMBUNGAN HADITH…



Selanjutnya Rasulullah s.a.w bertanya pula, “Berapakah banyak kawan-kawanmu dari umatku?”

1.      Hakim yang tidak adil
2.      Orang kaya yang sombong
3.      Pedagang yang tidak jujur
4.      Peminum arak
5.      Penghasut kepada yang lain
6.      Orang yang beramal kerana ingin nama (riak)
7.      Orang yang memakan harta anak yatim
8.      Orang yang mempermudahkan solat
9.      Orang yang tidak mahu berzakat
10.  Orang yang suka mengelamun

(petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A Fuad Said)



Moga-moga kita berada di antara golongan di atas bukannya kawan atau pengikut Iblis @ syaitan. InsyaAllah berjaya dan selamat di dunia dan akhirat. Amiin.

Wallahu’alam.


15 musuh iblis




Menurut riwayat Wahab B Munbih, pernah terjadi peristiwa di mana Allah s.w.t memerintahkan Iblis menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menjawab segala pertanyaannya. Lalu Iblis pun mengunjungi Baginda dengan menyamar sebagai seorang tua Bangka yang memegang sebatang tongkat. Nabi bertanya:
            “Man anta?” (siapa anda?)
            “Saya Iblis” jawabnya.
            “Apakah maksudmu datang?”Tanya Rasulullah.
            “Tuhan memerintahkanku supaya menemui anda dan menjawab segala pertanyaan anda” jawab
            Iblis.
            “Wahai Iblis, berapakah banyaknya musuh-musuhmu dari umatku?” Tanya Rasulullah.
            “Lima belas orang” jawab Iblis.

           
1.      Nabi Muhammad s.a.w
2.      Imam yang adil
3.      Orang kaya yang rendah hati
4.      Pedagang yang jujur
5.      Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
6.      Orang beriman yang suka memberi nasihat
7.      Orang beriman yang pengasih
8.      Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya
9.      Orang yang tidak mahu membuat kemungkaran
10.  Orang beriman yang sentiasa berwudhuk
11.  Orang beriman yang banyak bersedekah
12.  Orang beriman yang berkelakuan baik
13.  Orang beriman yang member manfaat kepada orang lain
14.  Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
15.  Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya.



BERSAMBUNG…

Hadith : Penyakit-penyakit umat terdahulu



 Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu”. Sahabat bertanya, “apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?. Nabi Muhammad s.a.w menjawab, penyakit-penyakit itu ialah

1.      Terlalu banyak seronok
2.      Terlalu mewah
3.      Menghimpun harta sebanyak mungkin
4.      Tipu menipu dalam dalam merebut harta benda dunia
5.      Saling memarahi
6.      Hasut menghasut sehingga zalim-menzalimi

(hadith riwayat Hakim)

Kalau kita lihat sekarang penyakit-penyakit di atas ada dikalangan umat Nabi Muhammad s.a.w pada masa kita yang lebih mengutamakan kata hawa nafsu dari iman. Seperti yang orang kata “tepuk dada tanya selera”. Ianya tidak tepat tetapi sebaliknya kena tukar ayat itu menjadi “tepuk dada tanya IMAN”. Barulah betul. Sebab kalau tanya selera apa-apa kita hendak makan. Tapi kalau ikutkan iman, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan… Betul ke tidak? …



Oleh itu, marilah kita renung-renungkan hadis ini dan selamat bermuhasabah!!!
Salam mujahadah

Wallahu’alam

Puisi Cinta Rabiatul Adawiyah Kepada Allah


Doa ini dibaca oleh Rabiatul Adawiyah seorang ahli sufi yang terkenal dengan zuhudnya dan cintanya kepada Allah. Ini adalah beberapa rangkap puisinya:

“Aku cinta pada Mu,
Ada dua cinta;
Cinta rindu,
Cinta yang satu lagi,
Kerana Engkau berhak menerima cintaku,
Adapun cinta kerana Engkau,
Hanya Engkau yang aku kenang
Tiada yang lain.
Adapun cinta kerana Engkau,
Kerana Engkau berhak menerimanya.
Agar Engkau bukakan hijab supaya aku dapat melihat Engkau.
Pujian atas kedua perkara itu,
Bukanlah bagiku,
Pujian atas dua perkara ini adalah bagi-Mu sendiri…


Rabiah pernah berkata;

“Ya Allah, jika sekiranya aku beribadat kepada Engkau kerana takut kepada seksa neraka, maka bakarlah aku dengan api neraka-Mu dan kalau aku beribadat kepada Engkau kerana mengharap masuk syurga, jauhkan aku dari syurga, tetapi kalau aku beribadat semata-mata kepada Engkau, maka janganlah Ya Allah Engkau haramkan aku melihat keindahan yang azali.”



Kalau hendak dibandingkan dengan diri kita sendiri mungkin tidak sampai tahap seperti Rabiah. Oleh itu sama-sama kita mencari cinta ALLAH cinta yang kekal abadi…

Wallahu’alam.

Monday, June 6, 2011

Luruskan Hatiku Ya Allah

بسم الله الرحمن الرجيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



اللهم يا مقلب القلؤب,ثبت قلبي علي دينك
Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu.

Ya Allah…
Dengan berkat nabi-Mu dan berkat guruku,
Luruskanlah hatiku agar agamku lurus,
Betulkan hatiku agar aku ikhlas selalu,
Tetapkanlah hatiku agar aku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa.

Ya Allah…
Tuhan yang menciptakan hati,
Bersihkanlah hatiku agar  tidak merosakkan agamaku
Dan tidak juga merosakkan kehidupan orang lain.

Ya Tuhanku
Yang membolak-balikkan hati,
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabah.

Ya Tuhanku…
Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu,
Supaya aku rasa ada yang melindungiku,
Agar aku tidak rasa sepi di dalam hidupku,
Aku merasa malu melanggar perintah dan sentiasa
Siap sedia melaksanakan perintah-Mu.

Ya Allah…
Tuhan yang menjaga hati,
Luruskanlah hatiku,
Agar seluruh hidupku menjadi baik,
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia.

Ya Tuhanku…
Limpahkanlah ke dalam hatiku
Lilin dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh hidupku
Supaya lahir batinku menjadi taat.

Ya Allah…
Aku berharap agar Engkau makbulkan permintaan ku ini…
Amiin Ya Rabbal’alamin.

PERKIM UUM Dalam Kenangan

بسم الله الرحمن الرجيم                                  
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah sudah empat tahun aktif dalam berpesatuan di peringkat ijazah. Walaupun banyak kelompangan, cabaran dan rintangan tetap ditempuhi kerana ku yakin


‘‘Jangan bersedih usah berduka. Ingatlah sentiasa Allah bersamamu tiap ketika’’

Bermula semester pembelajaran ku telah aktif dalam Kelab PERKIM di sebuah institut pengajian tinggi awam. Pada semester kedua, diri ini telah dipilih untuk memegang satu jawatan yang kira pada diriku ini berat iaitu ‘Biro Dakwah dan Tarbiyah’. Ya Allah terasa kerdil dan jahilnya diri ini untuk memegang jawatan yang sebegitu berat untuk memimpin semua pelajar. Namun ku tekadkan dan bulatkan semula niat. Semuanya kerana Allah.

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku   
                                                   diperintahkan.”(surah Al-An’am: 162-163)                                                                                                                                     

Banyak kelompangan da kekurangan diri yang perlu diperbaiki disamping membuat kerja dakwah. Bukan tunggu kita baik dulu, tetapi seiring disamping berdakwah kita dakwah diri kita terebih dahulu. insyaAllah dakwah berkesan dihati. Sampai bila kita nak berdakwah kalau diri kita nak tunggu kita jadi yang terbaik.


Alhamdulillah banyak ilmu dan aktiviti serta manfaat yang diperoleh setiap kali program dijalankan. Di sini juga ku belajar dari segi pengurusan organisasi setelah dilantik menjadi Setiausaha Agung. insyaAllah ia sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan tidak kira dalam alam pekerjaan atau alam kehidupan seharian. Benarlah bak kata orang,

“Pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan”

Betul-betul… dengan pengalaman itu ia mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu perkara dan tindakan.

Tibalah hari yang tela dirancangkan untuk program “ Mesyuarat Agung Tahunan Kelab PERKIM UUM Kali Ke-23”. Sebelum hari yang telah dirancang lagi, hati ini rasa sayu dan sedih kerana akan meletakkan jawatan setelah tiga tahun setengah ku berjuang demi Islam di dalam kelab PERKIM ini dengan memegang jawatan walaupun diri ini ingin menarik diri dari memegang jawatan tersebut untuk menyerahkan kepada senior, namun diri ini masih diperlukan untuk meneruskan perjuangan Islam mementuk biah solehah di kampus tersebut. Walau apapun niat kena diperbetulkan semula semuanya kerana Allah bukan manusia.


Ada masanya kita akan berada di atas dan ada masanya kita akan berada di bawah. Ketika di atas kita tidak akan sedar apa yang berlaku di bawah sebaliknya yang berada di bawah akan nampak semuanya. Walaubagaimanapun, pada satu masa kita perlu berada di atas untuk membentuk diri kita mempunyai ciri kepimpinan.

Alhamdulillah program berjalan lancar dari mula sehingga habis walaupun ketika ku membaca laporan tahunan program dengan nada sayu, Allah kuatkan diri ini untuk meneruskan pembentangan laporanku. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dipilih. Jadilah mata-mata rantai perjuangan ini. Hidup akan rasa bosan dan sepi kalau kerja dakwah tidak kita lakukan sekiranya itu telah menjadi pekerjaan utama kita. Pelajaran nombor satu, jemaah bukan nombor dua. Mesti seiring dan sejalan. InsyaAllah pelajaran tidak akan diabaikan disamping bergerak kerja dakwah.

Semoga sahabat Kelab PERKIM  bersama Professional Islamic Student akan terus mantap menjalankan kerja-kerja dakwah untuk membentuk biah solehah di kampus. Takbir!!! الله اكبر

Sahabat MyTEAM Muttaqin

بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pintu Masuk


Masjid Al-Muttaqin



Alhamdulillah habis pembelajaran selepas peperiksaan SPM, rezeki menyambung pelajaran ke Matrikulasi Pahang dalam jurusan perakaunan. Berat hati meninggalkan keluarga di Johor, namun perjuangan kehidupan tetap diteruskan. Mungkin ini sudah ketentuan dari-Nya. Walaupun kos yang ditawarkan tidak berkenan dihatiku. Kata-kata dari Allah menyedapkan hatiku.

...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah Yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.’                        (Surah Al-Baqarah : 216)

Sebelum ini perancangan untukku menyambungkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam jurusan kejuruteraan @ arkitek, namun pada masa tersebut pihak KPT telah menetapkan hanya satu permohonan yang diterima kemudian permohan lain akan ditolak setelah mendapat panggilan dari matrik. Tidak seperti sekarang berbagai tawaran akan diterima dan boleh membuat keputusan. Namun ku akur dengan ketentuan darinya.

Kita manusia hanya mampu merancang. Tetapi Allah yang menentukan dan perancangan Allah itulah yang terbaik…

Alhamdulillah, Allah memelihara dan menjaga ku juga diusia ini sehingga tamat pengajian diperingkat matrikulasi. Perjuangan untuk menuntut ilmu Islam dapat juga diteruskan. Di sini juga aku dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang sama-sama mendidik jiwa dan menjalankan kegiatan dakwah bersama-sama. Semasa di situ juga, diriku melatih diri agar aktif dalam berpesatuan tidak kira samada di kolej kediaman dan surau.

“Carilah cinta Allah” Kata-kata inilah yang telah dipesan oleh seorang sahabatku kepada ku yang kini yang masih ku pegang sehingga hari ini. Sampai mati akan ku kejar cinta-Mu Ya Allah. Indahnya kenangan bersama sahabat-sahabatku “ MyTEAM Muttaqin” sepanjang bergerak kerja Islam. Semoga Allah merahmati kalian semua dan sentiasa dibawah jagaan dan perlindungan-Nya. Teruskan perjungan.

Doa rabithah dihati kita semua. Indahnya ukhuwah sekiranya bertemu dan berpisah kerana Allah.


Bersama sahabat MyTEAMAH


Sahabat MyTEAM Muttaqin

Sunday, June 5, 2011

Hayat



بسم الله الرحمن الرجيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


 

Alhamdulillah… setelah berbulan lamanya kini kembali untuk mencoret semula. Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan juga untuk mengaktifkan semula tintaku ini setelah menghabiskan pembelajaran diperingkat ijazah.

Kalau dilihat pada tajuk, teringat kembali pada zaman persekolah diperingkat menengah. Pelbagai rakan yang telah dikenali dari berbagai sekolah tadika sehinggalah sekolah menengah. Alhamdulillah sepanjang usia diperingkat remaja Allah menjagaku dari terleka dengan kehidupan ini. 

Pada tahun 2004, diri ini telah dipilih oleh Allah melalui sahabatku kemudian disalurkan kepada ustaz untuk memasuki usrah diperingkat sekolah yang telah diberi nama usrah ‘HAYAT’. Dari situlah pelbagai ilmu dan sahabat telah dikenali. Walaupun tidak banyak berkata-kata semasa usrah tersebut, ku sedar diri ini kurang berbanding yang lain, namun ia menjadi pemangkin semangatku untuk menuntut dan mengutip mutiara ilmu berkenaan Islam sebanyak mungkin.

“Kalau dikalangan antara kita ni tidak lebih baik dari orang yang berada diluar sana setelah masuk kedalam usrah ni, maka tak bermakna ia berada dalam usrah ini”. 

Itulah kata-kata ustaz sehingga sekarang yang masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Kesimpulannya kena jadi lebih baik dari orang yang diluar sana agar dakwah kita menjadi. Perbaiki diri dan akhlak. Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan hiasi diri dengan akhlak. InsyaAllah.

Wallahu’alam.

 

Alhamdulillah… setelah berbulan lamanya kini kembali untuk mencoret semula. Pelbagai rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan juga untuk mengaktifkan semula tintaku ini setelah menghabiskan pembelajaran diperingkat ijazah.

Kalau dilihat pada tajuk, teringat kembali pada zaman persekolah diperingkat menengah. Pelbagai rakan yang telah dikenali dari berbagai sekolah tadika sehinggalah sekolah menengah. Alhamdulillah sepanjang usia diperingkat remaja Allah menjagaku dari terleka dengan kehidupan ini. 

Pada tahun 2004, diri ini telah dipilih oleh Allah melalui sahabatku kemudian disalurkan kepada ustaz untuk memasuki usrah diperingkat sekolah yang telah diberi nama usrah ‘HAYAT’. Dari situlah pelbagai ilmu dan sahabat telah dikenali. Walaupun tidak banyak berkata-kata semasa usrah tersebut, ku sedar diri ini kurang berbanding yang lain, namun ia menjadi pemangkin semangatku untuk menuntut dan mengutip mutiara ilmu berkenaan Islam sebanyak mungkin.

“Kalau dikalangan antara kita ni tidak lebih baik dari orang yang berada diluar sana setelah masuk kedalam usrah ni, maka tak bermakna ia berada dalam usrah ini”. 

Itulah kata-kata ustaz sehingga sekarang yang masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Kesimpulannya kena jadi lebih baik dari orang yang diluar sana agar dakwah kita menjadi. Perbaiki diri dan akhlak. Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan hiasi diri dengan akhlak. InsyaAllah.

Wallahu’alam.