Wednesday, September 28, 2011

Tuntutlah Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi yang sementara ini. Masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Hari ini hari terakhir bagi bulan Syawal iaitu 30 Syawal 1432 H. Alhamdulillah dapat sempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan dan diberikan nikmat kesihatan meneruskan pula pada bulan Syawal bagi menyempurnakan ibadah puasa sunat bulan Syawal (puasa enam).

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata muurabbi semasa di sebuah IPT satu masa dulu. “Kamu semua ni beruntung. Sebab ada dua benda kamu nak kejar. Iaitu ilmu agama dan ilmu dunia. Tidak seperti yang aliran agama, hanya ilmu agama yang dipelajari. Kamu semua seharusnya bersyukur. Sesibuk mana dengan pelajaran berkaitan dengan dunia, kamu mengisi ruang masa yang kosong mencari ilmu agama.”

Alhamdulillah..kata-kata ini mengurangkan rasa kesedihan sebab tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Ada hikmah apa yang telah Allah aturkan untuk diri ini. Berpegang pada kata-kata ini :

‘Sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu’’ (H.R Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya, kalau kita hendak berjaya dunia akhirat mestilah dengan ilmu. Tak kisah ilmu dunia atau ilmu agama. Tapi yang wajibnya ilmu agama mesti dituntut agar hidup berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Allah..


***Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal =)

Thursday, September 22, 2011

Ijab & Qabul

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah diberi kesempatan setelah sebulan ramadhan berlalu dan separuh Syawal berlalu. Sedikit sibuk menyiapkan majlis untuk abang dan kakak pada Syawal ini. Syukur majlis pernikahan abang bersama pasangan hidupnya berjalan lancar dan mereka selamat di ijab qabul pada hari Jumaat, 16 September 2011 bersamaan 18 Syawal 1432 H.

            Semoga dengan perkahwinan abang ini membawa rahmat dalam kehidupan baru bersama pasangan teman hidup. Sedih juga sebab abang sudah ada peneman dalam hidupnya. Tak dapat nak bermesra seperti biasa. Rasa kekok selepas abang sudah berumahtangga ini. Sekarang abang sudah menambah satu lagi tanggungjawab yang berat iaitu isteri. Tapi… syukur Ya Allah, abang telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan Islam dan sunnah Nabi.

            Semoga perkahwinan ini berkekalan dan berbahagia di dunia dan akhirat. Moga dirimu menjadi anak dan suami yang soleh kepada emak dan ayah serta isterimu. Jangan lupakan adikmu ini juga. Sayang abang…

Lagu ini ditujukan buat pasangan pengantin.. semoga berbahagia selalu


            Buat kakak tersayang selamat bertunang bersama bakal peneman hidup. Semoga sepanjang pertunangan ini dijaga oleh Allah. Moga bertemu jodoh dan selamat di ijab qabulkan. Amiin.. insyaAllah.