Wednesday, September 28, 2011

Tuntutlah Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi yang sementara ini. Masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Hari ini hari terakhir bagi bulan Syawal iaitu 30 Syawal 1432 H. Alhamdulillah dapat sempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan dan diberikan nikmat kesihatan meneruskan pula pada bulan Syawal bagi menyempurnakan ibadah puasa sunat bulan Syawal (puasa enam).

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata muurabbi semasa di sebuah IPT satu masa dulu. “Kamu semua ni beruntung. Sebab ada dua benda kamu nak kejar. Iaitu ilmu agama dan ilmu dunia. Tidak seperti yang aliran agama, hanya ilmu agama yang dipelajari. Kamu semua seharusnya bersyukur. Sesibuk mana dengan pelajaran berkaitan dengan dunia, kamu mengisi ruang masa yang kosong mencari ilmu agama.”

Alhamdulillah..kata-kata ini mengurangkan rasa kesedihan sebab tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Ada hikmah apa yang telah Allah aturkan untuk diri ini. Berpegang pada kata-kata ini :

‘Sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu’’ (H.R Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya, kalau kita hendak berjaya dunia akhirat mestilah dengan ilmu. Tak kisah ilmu dunia atau ilmu agama. Tapi yang wajibnya ilmu agama mesti dituntut agar hidup berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Allah..


***Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal =)

No comments:

Post a Comment