Saturday, November 19, 2011

Khalifah Kecil


بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret kembali dalam kesibukan urusan harian. Beberapa minggu yang lepas, saya bersama sahabat saya pergi menghadiri satu sesi temuduga di salah sebuah cawangan Tadika Little Callips (Tadika Khalifah Kecil). Terdetik di hati ini untuk mencuba nasib. Pada mulanya saya akan meneliti terlebih dahulu tentang maklumat tadika tersebut. Maklumlah, saya cerewet sedikit tentang kerja. Sebelum itu akan pastikan dari segi operasi serta cara pengurusan sesebuah syarikat.

            Pada mulanya rasa berat nak pergi menghadiri kerana tidak disediakan penginapan. Sebab kami tidak biasa berada di kawasan Selangor. Tetapi kerana rasa diri ini hendak berhijrah dari segi emosi dan diri, saya kuatkan hati pergi juga.

Alhamdulillah sampai juga ketempat yang dituju. Walaupun tidak tahu di mana lokasinya. Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan hamba-Mu. Sampai sahaja di tadika tersebut, penyelia tadika tersebut menemuduga kami berdua
.
Menarik konsep yang digunakan oleh tadika tersebut iaitu menggunakan ‘Khalifah Method’. Iaitu lebih kepada ganjaran dan pujian bukannya dendaan yang selalu digunakan mana-mana tadika atau lebih dekat lagi dalam institut kekeluargaan yang mana dendaaan seperti pukul dan marah. Menarik bukan kaedah yang digunakan? Semua berdasarkan sirah zaman Rasulullah. Kaedah didikan Nabi kepada para sahabat baginda sehingga menjadi mantap dari segi tarbiyah dan sakhsiyah. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati kembali sirah-sirah nabi.



‘Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman’ (Surah Hud, 11 : 120)

Mudah-mudahan ia menjadi satu input dan kaedah yang boleh digunakan bagi yang sudah berkeluarga atau belum untuk mendidik generasi Quranic yang mendokong Islam pada masa hadapan. InsyaAllah. Amiin.

Wallahu’alam

Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal ^_^

No comments:

Post a Comment