Friday, July 1, 2011

Hikmah Bulan Rejab

 بسم الله الرحمن الرجيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah segala puji bagi Allah… bulan rejab bulan Allah, bulan Sya’aban bulan Nabi dan bulan Ramadhan bulan umat Nabi… pejam celik pejam celik genap sebulan bulan Rejab. Semoga sama-sama kita mengambil hikmah daripadanya. Amiin insyaAllah.


Insyaallah nak berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan bulan Allah ini. Dalam bulan ini juga berlakunya Israk Mikraj. Disebabkan Nabi Muhammad s.a.w dalam berdukacita atas kematian orang yang paling disayangi iaitu isteri nabi yang tercinta, Siti Khadijah serta bapa saudara Baginda iaitu Abu Talib, maka Allah hiburkan hati baginda dengan peristiwa Israk Mikraj.

            Dalam peristiwa ini perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah. Sepanjang perjalanan nabi ditemani oleh malaikat Jibril. Banyak peristiwa yang nabi lihat semuanya berkaitan dengan keadaan umat Nabi akhir zaman. Ada yang menyedihkan dan menggembirakan apa yang dilihat. Selain itu juga bertemu dengan Nabi terdahulu semasa menaiki langit tujuh lapisan.

            Maka dari peristiwa ini juga perintah menunaikan solat diturunkan dari 50 waktu solat sehingga menjadi 5 waktu yang kita tunaikan sekarang iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Lihat betapa sayangnya nabi pada umatnya sehingga sanggup berulang alik naik sebanyak 9 kali meminta dari Allah untuk mengurangkan jumlah waktu solat. Tapi kita...apa kita lakukan untuk nabi ajaran yang telah dibawanya??? Tepuk dada tanya iman. Sehingga Nabi terasa malu untuk meminta kurangkan yang berbaki lima. Tapi yang 5 ini pun susah juga hendak ditunaikan oleh umat nabi. Sedih mengenangkan jika solat tidak sempurna. Seumpama hidup ini tidak bertujuan dan mempunyai haluan. Sama-sama kita muhasabah diri.

            Oleh itu kesimpulan yang boleh kita rumuskan ialah pertama jaga hati supaya bersih, ikhlas dan sentiasa bersyukur. Kedua jaga iman kita dan pertingkatkan dari hari ke hari dan ketiga jaga solat kita sebab solat itulah penghubung utama kita dengan Allah sebab dalam solat itu ada doa. insyaAllah sama-sama kita tingkatkan ilmu, iman dan amal. Amiin.

Wallahua’alam.

No comments:

Post a Comment