Wednesday, September 28, 2011

Tuntutlah Ilmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi yang sementara ini. Masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Hari ini hari terakhir bagi bulan Syawal iaitu 30 Syawal 1432 H. Alhamdulillah dapat sempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan dan diberikan nikmat kesihatan meneruskan pula pada bulan Syawal bagi menyempurnakan ibadah puasa sunat bulan Syawal (puasa enam).

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata muurabbi semasa di sebuah IPT satu masa dulu. “Kamu semua ni beruntung. Sebab ada dua benda kamu nak kejar. Iaitu ilmu agama dan ilmu dunia. Tidak seperti yang aliran agama, hanya ilmu agama yang dipelajari. Kamu semua seharusnya bersyukur. Sesibuk mana dengan pelajaran berkaitan dengan dunia, kamu mengisi ruang masa yang kosong mencari ilmu agama.”

Alhamdulillah..kata-kata ini mengurangkan rasa kesedihan sebab tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Ada hikmah apa yang telah Allah aturkan untuk diri ini. Berpegang pada kata-kata ini :

‘Sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan sesiapa yang mengkehendaki (kejayaan) hidup di dunia dan akhirat hendaklah dengan ilmu’’ (H.R Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya, kalau kita hendak berjaya dunia akhirat mestilah dengan ilmu. Tak kisah ilmu dunia atau ilmu agama. Tapi yang wajibnya ilmu agama mesti dituntut agar hidup berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Allah..


***Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal =)

Thursday, September 22, 2011

Ijab & Qabul

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah diberi kesempatan setelah sebulan ramadhan berlalu dan separuh Syawal berlalu. Sedikit sibuk menyiapkan majlis untuk abang dan kakak pada Syawal ini. Syukur majlis pernikahan abang bersama pasangan hidupnya berjalan lancar dan mereka selamat di ijab qabul pada hari Jumaat, 16 September 2011 bersamaan 18 Syawal 1432 H.

            Semoga dengan perkahwinan abang ini membawa rahmat dalam kehidupan baru bersama pasangan teman hidup. Sedih juga sebab abang sudah ada peneman dalam hidupnya. Tak dapat nak bermesra seperti biasa. Rasa kekok selepas abang sudah berumahtangga ini. Sekarang abang sudah menambah satu lagi tanggungjawab yang berat iaitu isteri. Tapi… syukur Ya Allah, abang telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan Islam dan sunnah Nabi.

            Semoga perkahwinan ini berkekalan dan berbahagia di dunia dan akhirat. Moga dirimu menjadi anak dan suami yang soleh kepada emak dan ayah serta isterimu. Jangan lupakan adikmu ini juga. Sayang abang…

Lagu ini ditujukan buat pasangan pengantin.. semoga berbahagia selalu


            Buat kakak tersayang selamat bertunang bersama bakal peneman hidup. Semoga sepanjang pertunangan ini dijaga oleh Allah. Moga bertemu jodoh dan selamat di ijab qabulkan. Amiin.. insyaAllah.


Saturday, August 20, 2011

IMARAHKAN LAILATUL QADAR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadar, ayat 3)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab:

"Ucapkanlah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR.Termidzi)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah supaya tidak malas mengejarkan ibadah 10 malam terakhir...

Selamat beramal di 10 malam terakhir Ramadhan

Thursday, August 11, 2011

Dhuha-Mu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah syukur masih lagi diberikan nafas dan nyawa untuk hidup dimuka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan hari ini dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah rahmat dan redha-Nya.

            Waktu sudah pun separuh siang. Masih lagi dalam waktu dhuha. Apa tunggu lagi? Luangkan masa sekejap untuk menunaikan solat Dhuha. Banyak fadhilat yang boleh kita ambil dari solat dan waktu ini. Di kala manusia lain sibuk dengan urusan dunia, mari kita luangkan masa sedikit menunaikannya.
            Lepas solat Dhuha pasti ada doanya bukan? Mari kita hafal dan hayati doa tersebut. Boleh lihat pada klip video di bawah ini. InsyaAllah mudah-mudahan dapat barakah dari solat ini dan rezeki kita di murahkan. Amiin..


            Rezeki… banyak rezeki yang telah Allah kurniakan pada kita setiap hari. Cuma kita yang kurang berfikir dan kurang bersyukur pada-Nya. Sebab apa? Setiap hari ada kita bangun dari tidur pada waktu pagi kita ucap Alhamdulillah dan syukur pada-Nya? ‘Alhamdulillah hidup lagi hari ni…’ Mudah saja ayat itu bukan. Jadi apa tunggu lagi, jadikan ucapan Alhamdulillah sebagai amalan harian sebagai tanda kita bersyukur pada-Nya.

            Rezeki itu tidak semestinya wang atau harta. Boleh jadi Allah bagi rezeki dalam bentuk kegembiraan, keputusan peperiksaan cemerlang dan tubuh badan yang sempurna dan sihat (contohnya boleh melihat, mendengar dan bercakap). Sebenarnya banyak lagi tidak terhitung dan tidak mampu untuk membayarnya. Cuba kita fikir-fikirkan ya…


***Sama-Sama Tingkatkan Ilmu, Iman Dan Amal***

Saturday, August 6, 2011

Andai Ini Ramadhan Terakhir...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Tulisan ini bukan nukilan saya sendiri tetapi karya indah seorang sahabat kepada sahabat blog kata-katanya begitu menyentuh hati. Mari kita hayati dan renungkan bersama

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...




~Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal~


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana diberikan umur untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah. Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum ini. 

Sasaran objektif daripada ibadah puasa ialah untuk mencapai TAQWA

Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:

Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu berTAQWA.

Semoga kita mencapai tahap keTAQWAan melalui ibadat puasa Ramadhan ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.

Wallahu'alam.


..:: Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal ::..

Friday, July 29, 2011

Di Hening Malam

بسم الله الرحمن الرجيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah setinggi-tinggi syukurku kepada-Mu Ya Allah masih lagi dikurniakan kesihatan dan masih bernyawa dimuka bumi ini. Syukurku tidak terhingga diberikan nikmat Iman dan Islam- Mu. Terima kasih Ya Allah Kau beri peluang untuk ku bertemu mu pada malam hari untuk bermujahadah, mengadu pada-Mu dan menginsafi diri setelah seharian sibuk dengan urusan harian. Semoga diri ini sentiasa istiqamah dalam melakukan qiamullail. Amiin.

            Indahnya ketika bermunajat kepada-Mu, mengadu pada-Mu. Tetapi bila tertinggal satu malam tidak qiam terasa sedih dan tidak senang duduk sepanjang hari kerana tidak melakukan qiam. Biasalah wanita akan diberi ABC (Allah bagi cuti) setiap bulan. Dari qiam itulah kita dapat menguatkan jiwa dan kebergantungan diri kita hanya pada-Nya. Kerana pada wantu ini Allah akan lebih hampir dengan hamba-Nya yang bangun untuk qiam dan memperkenankan permintaan hamba-nya. Ini kerana tidak ramai hamba-Nya yang akan bangun pada sepertiga malam dan lebih banyak yang tidur yang lena dibuai mimpi.

            Dari qiam itu juga kita mengadu segala masalah kita pada-Nya. Sebab Allah itu lebih memahami dan mengetahui masalah hamba-Nya dan Dia lebih mengetahui apa yang baik buat hamba-Nya dan penyelesai masalah. Jadi lebih baik kita mengadu masalah kita pada-Nya dari manusia. Itu yang terbaik! Kalau hendak mengadu pada manusia boleh, tapi dia tidak dapat memberi penyelesaian terbaik sebaik Allah serta tidak dapat memahami diri kita sebaik Allah.

            Oleh itu sama-sama kita tingkatkan iman kita dengan selalu qiam agar hati dan diri kita sentiasa diberi kekuatan ketika berhadapan dengan ujian dari-Nya dan sentiasa sihat. Teringat ustazah Rosmah di matrik. Ada bagi pesanan. Kalau kita selalu qiam insyaAllah tiada penyakit dan akan berkurang sakit kita. Alhamdulillah ia menjadi satu amalan dalam hidup ini dan Allah kurangkan penyakitku ini dan sekarang beransur sedikit baik.

            Jadi apa tunggu lagi. Mulakan hari ini sebelum terlambat untuk mengejar cinta-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-Nya. Amiin.

Wallahu’alam.



Sama-sama tingkatkan ilmu, iman dan amal ^_^