Friday, June 1, 2012

5 & 6 Al-Shamshi


Bismillah Alhamdulillah..

Berhijrah ke Bangi untuk bekerja mencari rezeki di bumi Allah. Tiga bulan mengajar di tadika swasta banyak beri pengalaman dan ilmu walaupun sekejap. 

Tadika PASTI Al-Shamshi

Rindu pada anak murid walau sekejap mengajar. Mula-mula susah hendak sesuaikan diri dengan budak kecil. Al-maklumlah, tak pernah jaga budak kecil. Adik-adik pun sudah besar.  Banyak ragam dan karenah anak murid yang berlainan menguji kesabaran. Lihat tajuk atas itulah nama kelas yang di ajar.

Muhammad Nur Luqman Al-Hakim Muhammad Kamarul Nizam

Rindu pada anak murid seorang ini nama palaing panjang dalam kelas. Paling banyak ragam. Walau selalu kena tegur dalam kelas tetap sayangkan Cikgu. Selalu cakap ‘Cikgu, abang nak cikgu’.  Gembira bercampur sedih dengar kata-katanya. Kebanyakan anak murid yang belajar di tadika ibu bapanya bekerjaya. Jadinya kurang masa bersama. Oleh itu dekat sekolah mereka nak dapatkan perhatian lebih dengan menonjolkan ke’NAKAL’annya.  

Muhammad ‘Aqil Mirza & Muhammad Nur Luqman Al-Hakim

Baru mengerti akhirnya mengapa mereka semua banyak kerenah dan ragamnya. Caranya dengan mendidik secara lembut. Anggap macam anak sendiri. Guru adalah ibu bapa yang kedua.

Muhammad Danish Aiman
Anak murid yang banyak ragam dan ‘nakal’ tetapi paling bijak dalam kelas

Muhammad Al-Fateh
Ketua kelas 6 Al-Shamshi. Moga menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fatih

Semoga semua anak murid cikgu jadi anak yang soleh dan solehah. Di sini ada gambar rutin harian di Tadika.
Perhimpunan pagi.

Amali wuduk dan solat.

Murid tengah belajar dalam kelas 6 Al-Shamshi. 
Asma, Huda Marjan, Nidaa ul-Najma, Damia Batrisyia, Nur Shamimi dan Nurul Hana.

Murid tengah belajar dalam kelas 6 Al-Shamshi. 
Muhammad Al-Fateh, Muhammad Nur Luqman Al-Hakim, Muhammad Danish Aiman, Muhammad Adli Rafiqi, Muhammad Muiz Qusyairi, Muhammad Aiman, Muhammad Ammar

Waktu rehat. Makan dalam dulang. Sunah Nabi. Mula-mula makan memang tumpah. Alhamdulillah dah tak berterabur makan. Didik anak dari kecil amal sunah.

Nasyid sebelum balik. 4 & 5 tahun.

Perhimpunan balik. “Terima kasih cikgu, terima kasih kawan-kawan”

Adik Nurul Adriana Farisya.
Mengajar Iqra selepas tamat sekolah. Petah berkata-kata walau baru berusia 4 tahun.

Kamu semua mata rantai perjuangan Islam. Moga kalian semua bersinar seperti matahari yang memberikan cahaya pada semua.
               
Anak-anak Cikgu, Ingat Cikgu dalam doa ya ^_^

No comments:

Post a Comment