Thursday, December 9, 2010

Hati Kecil Berbicara...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku tahu dan sedar aku,
Bukannya hamba Mu yang terbaik,
Bukannya umat Nabi Muhammad kekasih Mu yang tebaik,
Bukannya anak yang terbaik kepada kedua ibu bapaku ,
Bukannya adik yang terbaik pada kakak dan abangku,
Bukannya kakak/abang yang terbaik pada adik-adikku,
Bukannya sahabat yang terbaik untuk sahabatku,
Bukannya manusia yang terbaik dimuka bumi ini....

Ampunkan hamba Mu ini Ya ALLAH...
Yang selalu lalai dan leka.

Tetapi,
Akan ku berusaha untuk menjadi diantara yang terbaik...
Moga-moga usahaku ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Mu untuk menjadi yang TERBAIK...


~Hidup & Matiku Hanya Kerana Allah Untuk Islam~

No comments:

Post a Comment