Friday, December 3, 2010

Bila Hati Berbicara...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Jika diberi pilihan dan impian dalam hidup ini,
Ingin menjadi anak yag solehah seperti Fatimah Az-Zahra,
Ingin menjadi sahabat yang setia kepada sahabatnya seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Ingin menjadi wanita yang luas ilmunya seperti Saidatina Aisya R.A,
Ingin menjadi wanita yag tidak gentar dan cekal terhadap musuh seperti Zainab Al-Ghazali,
Ingin menjadi isteri yang solehah dan penyejuk mata seperti Siti Khadijah R.A,
Ingin menjadi hamba yang mencintai-Nya sepenuh seluruh jiwa dan raga seperti Rabiatul Adawiyah.

Namun adakah aku dapat mengikuti contoh teladan dari semua tokoh di atas...???

Tidak layak rasanya dan tidak setanding bagi ku untuk berada sebaris dengan tokoh di atas.

Ya Allah, buah hatiku, jantungku, Kau berilah aku kekuatan melayari bahtera kehidupan yang penuh ranjau dan onak yang berduri ini dengan petujuk dan hidayah-Mu untuk menemui-Mu suatu hari nanti. Wahai Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui..
 
~Hidup & Matiku Hanya Kerana ALLAH Untuk Islam~

No comments:

Post a Comment