Sunday, December 25, 2011

Cantik Seperti Kristal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tiba masanya kelas pendidikan Islam. Kelas pengisian rohani. MANTAP... Masa yang di nanti-nanti. Tidak lama kemudian, mencullah seorang guru yang digelar ustazah masuk ke dalam kelas berjalan sambil membawa beg kertas disebelah tangan kirinya dan disebelah tangan kanannya pula membawa buku dan bahan megajar. Kemudian dia meletakkan apa yang dibawanya di atas meja. Selesai memberi salam dan membaca doa, dia buat pertanyaan pada semua pelajar dikelas tersebut. 

“ Kamu semua nak tahu apa yang ada dalam beg ni” kata Ustazah dengan senyuman.
“ Nak.. nak..” bergema ruang kelas suara semua pelajar dengan beria-ia.
Kemudian ustazah mengeluarkan sebuah kotak. Lihat kotak itu biasa je. 
“Kamu tahu apa yang ada dalam kotak ni” tanya Ustazah kemudian.
 “Tak tau Ustazah. Ustazah tunjukkanlah apa yang ada dalam kotak tu” soal murid ingin tahu.
Semua pelajar melihat dengan penuh perhatian sambil ternanti-nanti apa yang ada di dalam kotak itu. Kemudian ustazah keluarkan apa yang ada dalam kotak itu. Apa yang dikeluarkan dari kotak itu, ada kotak lebih kecil lagi.
“la... kotak ke Ustazah?” tanya seorang pelajar.
“tak.. cuba kamu tengok kotak ni. Kamu semua rasa ada apa-apa lagi tak dalam kotak ni? Jawab Ustazah kemudian menyoal kembali kepada semua pelajar.
“mesti ada sesuatu. Sebab kotak tu nampak cantik bentuk dan warnanya.” jawab seorang pelajar.
“Ustazah keluarkanlah apa yang ada dalam kotak tu” kata salah seorang pelajar yang lain.
Kemudian ustazah keluarkan apa yang ada dalam kotak tersebut. Semua menumpukan perhatian sambil ternanti-nanti... sebuah piala yang cantik seakan-akan dibuat dari Kristal..
“cantik tak piala ni” kata Ustazah pada semua pelajar”
“cantik.. macam Kristal. Walaupun piala” sahut seorang pelajar.
“Kamu tahu apa dan kenapa ustazah buat ni? Sebab ni ustazah nak buat contoh perumpaan bagi seorang muslimah. Makin ia ditutup makin tertanya-tanya. Makin ia ditutup ia mesti nak dilihat. Betul tak semua?”
“betul”... jawab semua.
“Ustazah harap semua yang ada di depan Ustazah ni akan jadi lebih baik dari sekarang. Kan manis bertudung biasa.  Jangan jadi lebih ‘buruk’ dari sekarang. Mana tau satu hari ustazah jumpa salah seorang dari kamu dah pakai purdah”.
“InsyaAllah ustazah” jawab semua pelajar perempuan..
****************************************************
 
Begitulah di ibaratkan seorang muslimah. Semakin ia ditutp, semakin ia tertanya-tanya. Saya ibaratkan wanita ini umpama emas yang ada di kedai emas. Cuba kita lihat emas yang ada dalam kedai emas. Emas tu diletakkan dalam bekasnya kemudian diletakkan di bawah kaca yang agar tidak boleh dicuri dan disentuh agar kelihatan bersinar. Kecuali bila ada pembeli yang ingin membeli . Setiap hari pemilik kedai akan membembersihkan kaca tersebut.
Macam itulah wanita juga. Lagi ditutup, lagi ia akan hindarkan diri dari disentuh mana-mana lelaki. Hanya akan membenarkan lelaki yang boleh menyentuhnya iaitu mahramnya dan suaminya. 


Kepada semua wanita di luar sana, jadilah wanita solehah penyejuk mata hati ibu dan ayah serta suami. InsyaAllah moga menjadi anak dan isteri yang solehah kepada kedua ibubapa dan suami.
InsyaAllah. Amiin..

No comments:

Post a Comment