Bismillah Alhamdulillah..
Berhijrah ke Bangi untuk bekerja
mencari rezeki di bumi Allah. Tiga bulan mengajar di tadika swasta banyak beri
pengalaman dan ilmu walaupun sekejap.
Tadika PASTI Al-Shamshi
Rindu pada anak murid walau
sekejap mengajar. Mula-mula susah hendak sesuaikan diri dengan budak kecil. Al-maklumlah,
tak pernah jaga budak kecil. Adik-adik pun sudah besar. Banyak ragam dan karenah anak murid yang
berlainan menguji kesabaran. Lihat tajuk atas itulah nama kelas yang di ajar.
Muhammad Nur Luqman Al-Hakim Muhammad Kamarul Nizam
Rindu pada anak murid seorang ini nama palaing panjang dalam kelas. Paling
banyak ragam. Walau selalu kena tegur dalam kelas tetap sayangkan Cikgu. Selalu
cakap ‘Cikgu, abang nak cikgu’. Gembira bercampur
sedih dengar kata-katanya. Kebanyakan anak murid yang belajar di tadika ibu
bapanya bekerjaya. Jadinya kurang masa bersama. Oleh itu dekat sekolah mereka
nak dapatkan perhatian lebih dengan menonjolkan ke’NAKAL’annya.
Muhammad ‘Aqil Mirza & Muhammad Nur Luqman Al-Hakim
Baru mengerti akhirnya mengapa
mereka semua banyak kerenah dan ragamnya. Caranya dengan mendidik secara lembut.
Anggap macam anak sendiri. Guru adalah ibu bapa yang kedua.
Muhammad Danish Aiman
Anak murid yang banyak ragam dan ‘nakal’ tetapi paling bijak
dalam kelas
Muhammad Al-Fateh
Ketua kelas 6 Al-Shamshi. Moga menjadi seperti Sultan
Muhammad Al-Fatih
Semoga semua anak murid cikgu jadi
anak yang soleh dan solehah. Di sini ada gambar rutin harian di Tadika.
Perhimpunan pagi.
Amali wuduk dan
solat.
Murid tengah belajar dalam kelas 6 Al-Shamshi.
Asma, Huda
Marjan, Nidaa ul-Najma, Damia Batrisyia, Nur Shamimi dan Nurul Hana.
Murid tengah belajar dalam kelas 6 Al-Shamshi.
Muhammad
Al-Fateh, Muhammad Nur Luqman Al-Hakim, Muhammad Danish Aiman, Muhammad Adli
Rafiqi, Muhammad Muiz Qusyairi, Muhammad Aiman, Muhammad Ammar
Waktu rehat. Makan dalam dulang. Sunah Nabi. Mula-mula makan
memang tumpah. Alhamdulillah dah tak berterabur makan. Didik anak dari kecil
amal sunah.
Nasyid sebelum balik. 4 & 5 tahun.
Perhimpunan balik. “Terima kasih cikgu, terima kasih
kawan-kawan”
Adik Nurul Adriana Farisya.
Mengajar Iqra selepas tamat sekolah. Petah berkata-kata
walau baru berusia 4 tahun.
Kamu semua mata rantai perjuangan Islam. Moga kalian semua bersinar
seperti matahari yang memberikan cahaya pada semua.
Anak-anak Cikgu, Ingat Cikgu dalam doa ya ^_^
No comments:
Post a Comment