Friday, December 23, 2011

Hidayah-MU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah... Ya Allahu Ya Rahman... Ya Allahu Ya Rahim...

Teringat kembali memori ketika belajar di IPT. Rindunya hendak belajar lagi. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki tahun depan sambung belajar lagi. Amiin..

Imbas kembali...

Alhamdulillah selesai sudah program yang berjalan selama 3 hari sempena bulan ramadhan. Saya mengikuti program dan menjadi ajk program anjuran kelab dibawah HEP. Banyak ilmu dapat dikutip dalam program Minggu Penghayatan Islam. 

Selain itu dapat mengutip ilmu dengan mengkaji kitab Bible dan membuat perbandingan dengan Al-Quran dari program “Miscall 4”.  Dari program itu mendengar kisah dari seorang muallaf. Ya Allah terlalu kerdilnya diri nak bandingkan dengan orang yang baru memeluk Islam...yang faham Islam bukan kerana manusia, tetapi kerana hidayah dari-Mu yang membuka hatinya. 

Pada mulanya beliau memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya. Beliau memeluk Islam pada bulan Ramadhan setelah mengucap syahadah di pejabat Agama. Waktu itu beliau mula tidak memakan daging khinzir dan minum arak. Tabiat itu sudah menjadi kebiasaan keluarganya. 
Akhirnya, beliau memeluk Islam sudah sampai ke pengetahuan keluarganya. Keluarganya memang tidak suka tukar agama kepada Islam. Kalau agama selain dari Islam boleh. 

Satu hari, Allah memberi ujian padanya. Ketika beliau pulang, abangnya sengaja memasakkan daging khinzir untuk santapan untuk memberikan kepanya. Sambil memegang parang dan makanan yang dibawa, abangnya memaksanya unuk makan makanan tersebut. Nak tak nak dia kena dan dipaksa makan juga.. Sebab sebelah tangan abangnya pegang parang, sebelah lagi suap makanan tersebut ke dalam mulut beliau. Tak berdaya nak buat apa. Nyawa itu penting. 

Itu antara cerita yang beliau kongsikan. Beratnya dugaan yang diberi padanya.. macam diri ini terasa berada di tempat beliau ketika beliau menceritakan kisah beliau. Ya Allah berikan ketabahan hamba-Mu menghadapi semua dugaan-Mu. Matikan dengan mati syahid.. amiin.

Selesai semua aktiviti sempena program Minggu Penghayatan Islam, mulalah sesi untuk mengemas tempat program dijalankan iaitu di foyer library. Sambil menyusun kerusi dan meja serta ‘board’ untuk pameran, tiba-tiba ada seorang menyapa.

‘Ni Ida ke?’

‘Ya... ayu.. pa kabar? Lama tak jumpa. Macam mana boleh kenal?’ JawabkU.

Ayu kawan saya ketika form 3. Tertanya juga dalam hati. Macam mana boleh kenal. Dah lama tak jumpa. Dan muka saya pun ditutup.

‘Ayu tengok cincin Ida pakai’ Jawabnya.

‘Ingat lagi ye. Terima kasih ayu ingat’ Jawabku.

Selepas berbual-bual bertanya khabar, Ayu minta diri untuk balik ke kolej kediaman. Kami berpisah di situ. Saya pun pergi ke meja urusetia dan berbincang bersama ajk program yang lain berkaitan program yang dijalankan. 

Semasa berbincang dengan sahabat seprogram, saya perasan macam ada yang melihat saya dari jauh. Habis sahaja berbincang, kami semua mengemas meja urusetia dan masing-masing bersurai. Entah macam mana, Allah menggerakkan hati ini untuk mendekati orang yang asyik melihat saya dari jauh dengan menegurnya.

Saya mendekatinya dengan memberi salam dan duduk bersebelahnya di foyer library. Kami berkenal-kenalan. 

Kemudian adik itu berbicara..

‘Saya tengokkan akak je dari jauh.. rasa tenang hati ini’ katanya.

Ya Allah.. jika dia melihatku dan dalam pada masa yang sama dia mengingati –MU, alhamdulillah, jangan pula kerana yang lain. Kata hati kecilku. 

‘Akak tak ada apa-apa dik. Akak ni biasa ja’ tak ada istimewa pa2 pun’ kataku padanya.

‘Saya rasa banyak dosa saya dah buat. Tak buat semua apa yang disuruh Allah’ katanya.

‘Semua orang pasti ada buat salah dan dosa dik. Akak pun ada buat dosa juga dik’ kataku.

Kami berbual-bual dalam masa yang singkat dalam 10 minit. Kemudian sampai kawannya yang baru sahaja keluar dari library. Sempat berkenalan dengan kawannya. Kira-kira jam 6 petang, memandangkan hari sudah lewat petang, adik itu meminta diri untuk pulang ke kolej kediamannya yang jauh. 

Sambil bersalam dengan adik itu, saya sempat berbisik padanya.

“Ingat Allah selalu ya dik” kataku.

Kemudian adik itu beredar dari situ bersama kawannya. Sambil melihat adik itu beredar bersama rakannya, hati kecilku berkata.. “moga dirimu mendapat hidayah dari-NYA seperti mana akan namamu iaitu HIDAYAH. Amiin Ya Allah.

Kemudian saya sendirian juga pun balik ke kolej kediaman untuk bersiap-siap pergi ke masjid. Sambil berjalan menikmatan keindahan alam dan menghirup udara segar pada waktu petang, saya bermonolog sendirian. 

“Alhamdulillah Ya Allah.. jika orang yang melihatku dapat mengingati-MU Ya Allah.. Engkau jagalah hatiku dan hati mereka yang melihatku..  jika menyebabkan orang lain lalai dari mengingati-Mu, KAU ampunkanlah dosa mereka dan dosaku...Amiin Ya Rabbal ‘Alamin...


 

1 comment: