Wednesday, December 21, 2011

Nasyid Mendidik Jiwa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah... diberi nikmat oleh Allah untuk hidup lagi pada hari ini.  Teringat kembali pada zaman persekolah peringkat menengah dulu.  Macam mana boleh minat dengan nasyid. Satu malam tu, tengok TV1. Kira-kira sebelum jam 12 malam.  Lepas habis siaran sebelum jam 12 malam tu, dipasang lagu nasyid berjudul REMAJA, nyanyian UNIC. Start  dari masa tu, saya minat nasyid.  Sedap untuk didengar, dan senikata bermakna dan memberi kata-kata nasihat buat remaja.  Cuba kita hayati liriknya.
REMAJA
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

Jadinya, inilah lagu nasyid yang membuatkan saya minat nasyid, sejak pertama kali saya mendengarnya. Bukannya tidak minat nasyid, mungin tak didedahkan dengan dengar lagu nasyid pada masa tu. Buat remaja di luar sana,  hargailah masa muda kita jangan mudah terleka dengan dunia yang hanya sementara ini. Kerana diusia remaja ni masa itu sangat berharga. Saya selalu mengingatkan diri saya agar hargai dan tepati masa. Kerana masa itu sangat berharga dan tiada kali kedua. 

Firman Allah s.w.t
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan  kebajikan serta saling nasihat-menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Surah al-Asr : 1-3)
Ayat ini saya amalkan selalu dalam bacaan surah dalam solat, agar diri ALERT dengan masa. Kata-kata Imam al-Ghazali iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
SIHAT sebelum SAKIT
MUDA sebelum TUA,
KAYA sebelum MISKIN,
LAPANG sebelum SEMPIT,
HIDUP sebelum MATI.

Mungkin ada yang pernah dengar lagu ini nyanyian kumpulan Raihan.. Sebab itu nasyid ini lagu mendidik jiwa. InsyaAllah. Mudah-mudahan. Apa lagi, jangan lupa dengar nasyid juga (^_^) agar jiwa kita terdidik.


Buat semua jangan kita menyesal dan menangis di SANA nanti atas segala amalan kita di dunia ini .. Ingatlah akhirnya, kita akan kembali kepada pencipta kita semula iaitu ALLAH RABBUL ‘ALAMIN.

~Pesanan buat diri saya dan kawan2 di luar sana (^_^)

Renung2kan & selamat beramal~~

2 comments:

  1. nice post...insyaAllah,everything that we do will always get barakah...(^_^)..

    ReplyDelete