Thursday, December 22, 2011

Harta Paling Berharga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
Alhamdulillah cuaca hari ini cerah. Sekarang ini musim hujan di sekitar negeri Johor. Ada kawasan berdekatan sudah dilanda banjir. Ya Allah mudah-mudahan segalanya selamat. Amiin..

Kali ini saya ingin menceritakan cerita perbualan antara ibu dan anaknya.
***************************************
Waktu petangnya, ibu menyuruhku masak untuk makan petang. 

“Mak, nanti lepas solat Asar ye adik masak...” kata anaknya

Sesudah selesai solat, adik ke dapur untuk memasak. Sambil menyediakan bahan untuk memasak, adik berbual bersama ibunya. 

Ibunya berkata : “anak-anak mak semuanya dah ada harta” 

Si anak berkata: “manalah adik ada harta mak. Tak keje pun lagi”

Si ibu : “ada...ilmu tu lah harta. Mak ayah dan jalankan tanggungjawab yang wajib agar anak mak semua belajar. Tak kira ilmu agama dan fardhu kifayah”

Adik terdiam dan tersenyum dengan kata-kata emak.

Si adik : “Betul-betul!!! Kalau ada ilmu apa-apa boleh buat. Orang ada ilmu itu lagi kaya dari orang yang ada harta. Sebab harta tu boleh habis, tapi ilmu itu sentiasa bertambah”

***************************************
Ya Allah.. memang benar, ilmu itu akan semakin bertambah, dan harta itu akan berkurang dan hanya sementara. Ilmu itu penyuluh hidup.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :-

 طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang WAJIB atas tiap-tiap seorang Islam”

Menuntut ilmu fardhu ain itu wajib dan ilmu fardhu kifayah adalah harus. Apa  yang kita buat, kita belajar tidak kira ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah yang penting kita sandarkan niat dan hati kita hanya kerana Allah. InsyaAllah mudah-mudahan ianya akan dikira sebagai ibadah. 
Carilah ilmu selagi kita diberi kesempatan dan kesihatan ini.  Apabila kita mati harta dan keluarga kita akan tinggalkan tetapi hanya 3 bekalan yang akan kita bawa iaitu

1.      Ilmu yang bermanfaat
2.      Amal jariah, dan
3.      Doa anak yang soleh

 InsyaAllah, mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat-Nya. Sentiasa mencari ilmu-Nya.  Terlalu luas ilmu-Nya. Semakin belajar, semakin terasa jahil kerana banyak perkara tidak tahu..


Sama-sama kita mencari ilmu moga kita sentiasa dekat dengan-Nya dan diberikan hikmah dalam beragama. Amiin.

Renungkan & selamat beramal bersama (^_^)

No comments:

Post a Comment